Iman > Tidak Dilihat Melalui Pakaian

Pastinya Ramai akan setuju jika dikatakan Iman itu tidak dilihat melalui pakaian, kerana bukan pakaian yang menjadi ukuran di dalam membaca Iman seseorang.
mari kita Lihat situasi ini,

sesorang individu pergi ke Restoran makanan, tempat dimana makanan ekslusif dihidangkan. Ternyata ada juga Individu yang berjubah berkopiah menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya.
kisahnya,

Individu ini Order makanan, kemudian di bising bising mengenai tempat tidak bagus, kerusi tidak selesa dan memarahi pekerja disitu kerana makanan tidak sama seperti di dalam gambar. Lalu Chef yang memasak makanan itu pun masak sekali lagi dan memberikan seperti di dalam gambar dimana terdapat besi Gandar yang besar yang mencucuk ayam itu seperti di dalam gambar menu. Kemudian individu itu terdiam kerana malu diatas mejanya ada besi yang besar.

individu itu kita boleh kategorikan dia sebagai punyai Ilmu, tetapi tidak beramal dengan ilmunya, punyai penampilan Islam tetapi tidak mengamalkan Islam dalam hidupnya.
seharusnya apabila kita berpakaian, Pakailah apa yang menggambarkan diri kita, agar kita sentiasa menjadi diri sendiri. Ramai diantara kita pada masa ini berpakaian seperti orang lain yang tidak menunjukkan diri sendiri. apabila berlaku sesuatu yang dia tidak dapat lakukan. dia sendiri yang mendapat malu.

sebagai contoh,
seorang individu yang memakai baju Michael jackson, disuruh menari seperti Michael jackson. dan dia tidak menegerti. dan orang pun akan mengumpat mengenai dia yang "tidak pandai menari" itu.

sama juga seperti, Individu yang tidak mengerti apa - apa mengenai Akhlak, Ibadah cuba untuk menyuruh orang menjadi berakhlak, tetapi bila ditanya mengenai Akhlak, dia kata "ana tidak tahu"
macam mana?

satu lagi contoh,
seorang pelajar yang mengambil jurusan Perakaunan, tetapi apabila ditanya menganai bagaimana untuk membuat buku ledjar dia katakan, "saya tidak tahu".

contoh lain,
Pakai tudung labuh, Pakai serban lilit 4 kali, Baca buku macam macam. tetapi tidak juga tahu tentang apa yang dilakukan.

ada juga yang sebegini, Melihat yang seorang individu ini tidak mempunyai ilmu dan tidak tahu apa apa kerana pakaian yang dipakai olehnya adalah pakaian biasa

Saudara saudari sekalian, Bukanlah kita melihat orang itu dari pemakaiannya, tetapi kita lihatlah dia dari sudut "dirinya" sebagaimana dia menjadi diri sendiri dan faham tentang apa yang dia lakukan. Bukan semua orang yang kita lihat tudung labuh, Berkopiah, Berjambang, Berjanggut, mempunyai Ilmu agama dan hebat. Yang kita lihat adalah Bagaimana dia Melakukan Akhlak, Islam, Ibadah pada kehidupan dia.

mari fikirkan,
kita puasa kita mengaji, kita berdakwah,
Kita pakai baju, Formal, casual, simple, Rock dan lain lain...
adakah kita tahu apa yang kita lakukan?

fikirkan dan muhasabah diri sebelum orang menabur fitnah atas penampilan kita

Tidak ada komentar:

ingin Sumbangkan Dana?

Tatapan sendiri