Seorang pengajar, atau seorang guru mestilah tahu bagaimana mengawal emosi, perasaan sendiri ketika mengajar.
Akibat tidak dapat mengawal emosi itu memberi kesan kepada pelajar yang mempelajari apa yang diajarkan oleh guru itu.
jika kita perhatikan, Banyak guru akan marah jika kita salah buat kerja, atau bila kita tidak faham dan tanya soalan yang pengajar itu tidak boleh jawab, atau bagi dia soalan kita tidak patut ada.
begitukah?
begitukah Islam di dalam pengajaran Ilmu?
kebanyakan pengajar hanya kejar kepentingan diri (naik pangkat, pengajar terbaik dsb.)
tetapi tidak mengambil penting tentang apa yang diajarkan.
contoh, seorang pensyarah menyuruh pelajar selesaikan soalan calculus.
tetapi apa yang pelajar itu belajar?
ya, dia belajar menyelesaikan soalan. menggunakan rumus, pusing punya pusing. dapat jawapan.
jadi rumus tu sebenarnya tujuan untuk apa?
kita tidak tahu. kita cuma guna untuk selesaikan masalah di kertas peperiksaan.
97% betul kajian ini.
mana pembelajaran?
pembelajaran sebenarnya adalah kita dapat aplikasikan rumus ke dalam dunia, ke dalam kehidupan.
contoh mudah.
kenapa kita kena belajar bahagi?
kerana nanti bila buat birthday boleh bahagi kek dengan sama rata untuk semua kawan.
ataupun,
menggunakan rumus ketumpatan, kita dapat tahu berapa banyak cecair nak di isi ke dalam sebuah bekas.
mari kita lihat apa yang kita belajar sekarang.......
KITA BELAJAR APA HARI INI?
kita belajar bagaimana untuk mendapat kerja di dalam kerajaan.
kita belajar bagaimana untuk mendapat kerja yang bagus,
kita belajar bagaimana untuk cemerlang di dalam akademik "A+",
kita belajar bagaimana untuk dapat status "Prof Madya",
betul ke itu adalah pembelajaran?
atau kita hanya kejar (RM) duit yang banyak?
atau kita hanya inginkan keselesaan di dalam kehidupan dengan hanya bergantung dengan apa yang ada sahaja?
MANA erti berdikari pada kehidupan?
bagaimana kita berjuang untuk hidup?
adakah kita berjuang dengan duduk di kerusi tempat kerja dan puaskan hati BOS?
kita puas hati kerana dapat gaji,
kita puas hati kerana kerja 8am - 5pm
kita puas hati dapat beli kereta dan macam - macam.
tetapi Allah tidak puas hati dengan kita.
Mana ibadah kita?
mana Kemanusiaan kita?
erti kemanusiaan adalah duduk buat kerja di tempat kerja iklut peraturan ofis?
itu bukan kepuasan, itu bukan kesejahteraan.
mari kita muhasabah
mari kita kembalikan budaya Ilmu, bukan budaya sistem pekerjaan
Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori
Sejarah
-
“Berbaloi pelaburan €2 aku!” Saya mengomel sendirian. Saya sedang membaca
buku Corrupting Youth: Political Education, Democratic Culture, and
Political The...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar