Ilmu -> Guru dan Rujukan di dalam Ilmu.

Assalamualaikum semua, semoga sihat sejah tera selalu.

satu pemikiran telah tertimbul di dalam hidup ni, dimana ramai manusia dan ramai juga diantara kita sentiasa mencari ilmu, dari sudut yang macam macam. Sama ada dari sudut Ilmu dunia dan ilmua Agama. Asasnya disini macam mana kita menerima ilmu dan macam mana kita menggunakan ilmu?
dan persoalan sebenarnya ialah bagaimana kita 'berakhlak' di dalam menuntut ilmu dan juga di dalam pembelajaran. Sekiranya kita mempelajari tentang Syariah, atau bidang aqidah, kita perlukan guru. Sememangnya kita memerlukan buku, tetapi bukan buku yang memberi ilmu dan bukan kita yang sendiri mencapai ilmu yang kita mahukan. tetapi segalanya Allah yang beri kepada kita.
Rata - rata mahasiswa dan kebanyakan orang - orang intelek pada masa kini banyak yang menggunakan Aqli semata - mata dan sepertimana yang dikatakan orang ramai mengenai teori....
terori teori dan teori lagi.

setujukah kita bila ada orang yang ingin membuktikan sesuatu dia perlukan bukti dan dalil?
Jadi setakat mana kita mengerti di dalam hal ini? adakah kita mengerti seperti mengeluarkan dalil yang berkaitan apabila kita tidak berpuas hati tentang seseorang kerana kepentinga kita? seharusnya dalil dan hujah adalah untuk kebaikan dan kepentingan peribadi adalah sangat tidak wajar dan membawa kepada kehilangan harga diri sendiri.

Selalu tak kita lihat akan drama di TV?
dimana watak jahat mengenakan heroin itu. lalu si hero itu salah faham akan heroin itu. Jadi hubungan itu retak. Tetapi itu di drama TV, di realiti ia sungguh dahsyat. Mungkin kita sendiri pernah mengalami perkara ini dan mungkin lebih teruk lagi? jadi Mari kita ambil sesuatu dari sini.

kita ambil bahagian, "watak jahat mengenakan heroin sehingga si hero salah faham"
macam mana? kita pergi ke realiti. Kita lihat orang -orang yang sentiasa dan selalu melemparkan tuduhan kepada orang lain. tapi jangan lihat orang yang melemparkan tuduhan itu. Kita lihat diri kita. Macam mana kita terima dan macam mana kita bertindak dengan tuduhan itu?
tidak keterlaluan jika dikatakan kita kebanyakannya selalu bertindak melulu dan terus 'serang' orang yang dituduh itu bukan?
macam mana akhlak kita? betul ke apa yang dialakukan?
ya, sememangnya kita sebenarnya telah diajarkan mengenai akhlak di dalam islam bukan?
jadi mari kira fiirkan, kita mempelajari ilmu atas dasar apa?
untuk dapat cemerlang di kertas peperiksaan?
atau untuk memberi manfaat kepada Islam?
atau kita sendiri yang menjatuhkan Islam dengan akhlak kita?
atau kita terlalu berbangga dengan ilmu yang kita ada sehingga kita tidak merujuk orang yang lain dan mengambil pandangan semua pihak agar kita dapat berfikir?
mari kira fikirkan...
renung renungkan dan selamat berfikir, manusia sememangnya sentiasa  berubah ubah

Tidak ada komentar:

ingin Sumbangkan Dana?

Tatapan sendiri