Anda punyai masalah hati?
Kategori orang yang mempunyai masalah hati ini orang yang bagaimana sebenarnya?
kan?
kita mempunyai mindset seerti yang berikut :
'Couple'
Masalah hati dengan erti kata perasaan atau cinta pada seseorang yang disukai. Mari kita kupas mengenai bagaimana seseorang Lelaki akan terpalit hati kepada seorang Perempuan.
situasi pertama :
si Lelaki mempunyai perasaan terhadap Perempuan itu.
ada kondisi untuk situasi ini, dimana si lelaki menyukai si perempuan dan si perempuan memberikan body langguage 'suka' pada si lelaki tanpa memperkatakannya.
kondisi seterusnya,
dimana si lelaki menyukai si perempuan dan si lelaki tidak tahu si perempuan itu sukakan dia juga. (Pandai kawal la ni)
situasi kedua:
si Lelaki tidak mempunyai perasaan terhadap Perempuan itu.
ada kondisi juga. dimana si lelaki tiada perasaan terhadap si perempuan itu, tetapi si perempuan itu menunjukkan keprihatinan(melayan) si lelaki itu.
kondisi seterusnya, dimana si lelaki tiada perasaan terhadap si perempuan itu, dan si lelaki itu tetap tidak mahu "grab" perasaan dia terhadap perempuan itu.
ada lagi situasi yang menarik, tetapi dipersilakan untuk anda mengkaji sendiri...
huraian situasi pertama :
situasi pertama ini sentiasa berlaku, dan majoritinya sangat banyak berlaku. terutamanya jika :
-sama kelas
-sama persatuan
-sama sama belaka
si lelaki "grab" perasaan dia terhadap perempuan itu dan dia simpan. sampai masa dia tidak dapat mengawal pendirian sehinggakan dia menyatakan perasaanya kepada si perempuan itu.
sebenarnya, untuk kita mempunyai perasaan itu terpulang pada diri masing - masing. Yang menjadi isu berat adalah apabila tidak terkawalnya pendirian itu. Maka terjadilah 'Couple'.
mari kita lihat bagaimana masalah ini berlaku:
ia berlaku kerana, apabila dua insan sedang bercinta, si lelaki mencari "point" pada perempuan itu. Kiranya meneliti akan kelakuan perempuan itu, erti kata lainnya 'membaca' kelakuan perempuan itu. Apabila si lelaki itu "grab" perasaan dia dan dia merasakan si perempuan itu juga mempunyai perasaan terhadap dia. terjadilah 'dua insan sedang bercinta'.
Masalahnya adalah, si Lelaki terlalu cepat meluahkan rasanya. dan si perempuan pula ter layan si lelaki (selalunya SMS / YM).
si Lelaki tidak akan "grab" perasaan beliau sekiranya si Perempuan itu tidak terlalu melayani si Lelaki itu. Kecuali berkenaan hal penting(assingment/aktiviti kelab)
dan si Perempuan tidak akan terperangkap dengan Perasaan lelaki itu sekiranya si Perempuan itu mengurangkan ke meng Ambil Berat an dia terhadap si lelaki itu.
Huraian situasi kedua:
situasi kedua ini juga banyak berlaku, tetapi lebih sedikit daripada situasi pertama tadi. Pada awalnya si Lelaki ini sememangnya tidak mempunyai perasaan terhadap si Perempuan itu. tetapi setelah sekian lama, dia menjadi cair dan jatuh oleh kerana 'body langguage' si Perempuan itu.
oleh kerana itulah firman Allah:
"Jangan kau dekati zina"
sememangnya terbukti dengan situasi ini.
macam mana berlaku?
situasi kedua ini berlaku apabila:
-sudah kenal
-terlebih ambil berat
-kata - kata yang "point"
apabila si Lelaki itu sudah kenal si Perempuan itu dan kebetulan si Perempuan itu "cantik", setelah lama bergaul. PASTinya akan ada wujud perasaan. Kerana telah wujud kesukaan antara satu sama lain.
ada juga yang bermain main dengan 'body langguage' atau 'kata-kata' double maksud.
sepertinya, "ish2 siapalah bakal isteri dia ni nanti..."
ataupun bergurau senda "eh, kahwinkan dua ekor ni nanti, baru tau..."
kita sering kali dengar bukan?
betul, pada awalnya tiada perasaan, tetapi apabila masa berlalu MESTinya akan timbul juga.
itulah bahayanya pergaulan Lelaki dan Perempuan.
Kita tidak boleh Lari dari fitrah,
Sememangnya Allah telah turunkan NIKMAT kepada kita untuk kesejahteraan sesama manusia, Kita jangan pula terlalu tunjuk ke "strict" an. kerana itu akan memakan diri sendiri juga.
Sebenarnya, Isu yang paling besar adalah Akhlak.
Kita tidak jaga Akhlak sebenarnya. Kita melulu, kita tidak sabar dan kurang matang dalam memikirkan soal Cinta.
Untuk menjadi matang, Bukan dengan melulu. Orang yang matang adalah orang yang bersabar dan bertenang. serta menjadi diri sendiri.
Untuk mewujudkan Baitul Muslim, (Keluarga Muslim)
bukanlah bererti Kahwin semata.
sekiranya anda seorang lelaki, adakah anda berfikir tentang bagaimana untuk mendidik anak- anak nanti?
dan bagaimana untuk membantu si Isteri di dalam berKeluarga?
sama juga terhadap Perampuan. Bagaimana anda dapat memberikan kasih sayang anda kepada suami?
dan bagaimana anda memberi dorongan kepada suami untuk sentiasa di jalan yang betul?
kebanyakan dari kelompok yang memikirkan tentang perkahwinan banyak pemikiran mereka berkisar di kawasan
-bagaimana nak set up pelamin
-bagaimana nak jemput orang datang majlis
-bagaimana nak jaga isteri/suami
-bagaimana nak dapatkan kereta besar untuk keluarga besar
kita banyak memikirkan tentang diri sendiri sebenarnya. Fikirlah mengenai Tarbiyah. itu tunjangnya. Bagaimana anda dan Isteri akan menTarbiyah anak - anak dan bagaimana anda menjaga Ibadah anda.
dan dikalangan remaja-tua, dimana usia dah sampai 30 kebawah itu pula sentiasa memikirkan serong terhadap orang orang yang mempunyai masalah 'perasaan' ini.
sekadar perkongsian pendapat atas pengalaman bermasyarakat
mari renung renungkan
Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori
Sejarah
-
“Berbaloi pelaburan €2 aku!” Saya mengomel sendirian. Saya sedang membaca
buku Corrupting Youth: Political Education, Democratic Culture, and
Political The...

Tidak ada komentar:
Posting Komentar