Tarbiyah: Bukan Paksa-Paksa

Satu kisah mengenai seorang Naqib, dia menjadi naqib untuk adik-adik usrahnya, dan di pendekkan ceritanya. Anak usrah dia buat masalah, dan dikatakan mempunyai perasaan terhadap rakan sekelasnya....
Maka, apa yang menjadi isunya?

yang menjadi isunya adalah Naqibnya.

contoh.
Apabila seorang anak berbuat nakal di dalam masyarakat. Masyarakat akan katakan:
"Ni anak sapa nih!!"
betul kan? jika salah harap dibetulkan informasi ini.

Mari kita lihat dari kaca mata Naqib itu, rasanya?
YA!! tentunya Naqib itu dipersalahkan dan soalannya mesti macam ini :
"Anta follow up macam mana adik anta ni?"
"silibus sampai mana? "
"Kenapa x follow up betul - betul?"

Seperti yang selalu diperkatakan. Masa sangat penting di dalam tarbiyah, dan setiap tarbiyah itu hendaklah dengan Hati, dengan ikhlas.
Situasi dan situasi, kita perlu mengambil berat mengenai situasi. Setiap individu mempunyai situasi berbeza-beza.
Kita mampu buat usrah, kita mampu tunjuk jalan, kita mampu buka buku dan cakap silibus usrah.
tetapi

"you can force the cow to the river, but you can't force it to drink"

Sepatutnya jangan disalahkan Naqib/ah. Kerana, Allah yang sebaik baik perancang.
Kita sentiasa nak tembak menembak diantara satu sama lain, saling menjatuhkan sahabat sendiri tanpa sedar. Kata - kata kita kadangkala dan selalunya menyindir sahabat lain.

adik yang hilang arah itu bukan sepatutnya dikatakan Naqib tidak follow up, tetapi itu adalah tindakan dia. Naqib hanya mampu menasihati.

Kebanyakan Naqib yang melakukan usrah, mendapat adik yang 'Lost' sebegitu adalah kerana dia tidak rapat dengan adiknya. Mungkin rapat.
tetapi hubungan ukhuwah yang dijalinkan itu tidak 'benar'
hubungan hanya ketika usrah sahaja adalah 'SISTEM'
kita ikut sistem. Sistem usrah, sistem makan, sistem tarbiyah dan sistem sistem lagi dan sistem.

Kita menghipokritkan diri dengan sistem.
dan kita meng Hipokritkandiri dalam 'perSahabatan'
dan hasilnya. kita dapat sahabat yang tidak 'benar' ukhuwahnya dengan kita.

mendidik manusia supaya berfikrah bukan semata-mata melalui silibus dan usrah.
mendidik manusia, mentarbiyah manusia adalah melalui perlakuan dan perbuatan serta aktiviti yang kita lakukan dengan dia.

Kita buat bulatan... mula dengan fatihah, akhir dengan wal-asr.
betul. itu cara caranya.
dan lihat keadaan kita.
Adakah adik- adik kita ini jenis 'FORMAL' ?
Dakwah itu subjektif. dan dakwah itu Berhikmah.
bagaimana kita aplikasikan dalam perlakuan kita?

dimana silapnya?
silapnya bila kita tidak mengerti akan apa yang kita lakukan. Kita tidak mengerti dan kita tidak buat silap dalam kehidupan.

Kesilapan di dalam kehidupan kita yang memberikan kita 'Pengajaran'
dan pengajaran dalam bentuk 'mengalami' adalah sangat berkesan.
cuba teka kita bagi pengalaman apa pada adik - adik kita?

kita bagi pengalaman :
duduk - duduk sembang formal...
jadi, mana pembelajaran?

dan oleh kerana itu kita tidak boleh jatuhkan Naqib/ah jika dia tidak dapat perform menjadi Abang/akak yang baik. Setiap orang Punyai kelemahan.
dan kelemahan mereka disitu.
Kenapa kita gugurkan maruah mereka dengan kelemahan mereka dalam pentarbiyahan?

kerana kita pun terdesak mengejar apa yang kita tetapkan sendiri.
mari fikirkan,
Kita belajar di bilik kuliah, atau kita belajar di dalam 'Keadaan/situasi'

Tidak ada komentar:

ingin Sumbangkan Dana?

Tatapan sendiri